Khamis, April 23, 2009

Suara Rasa


Sudah lama tidak menulis, entah malam ini aku jiwaku kembali menutur katanya. Aku hanya menulis apa yang aku rasa. Tanpa tajuk seperti biasa.


Dalam redup senja
kau datang dengan cahaya
menerangi aku
yang tertampan duka

Dalam redup mata
jiwamu ku rangkul penuh makna
lantas ku pimpin tanganmu
ke lorong bahagia


Ahad, Mac 29, 2009

Si Katak

Tengah-tengah pening dalam kesibukan kerja petang tadi, aku dapat idea untuk tulis sebuah sajak. Skop sajak nie luas, jadi tajuknya bargantung kepada persepsi masing-masing (boleh ke buat camtu?).


Seekor katak
ingin ke seberang
tapi sungainya
luas mata memandang
airnya dalam untuk direnang
dia juga tiada sayap
untuk terbang seperti helang

Dicubanya selam
namun nafasnya tidak panjang
seperti waktu kecilnya
yang bebas bergaul dengan segala ikan
dalam kolam yang airnya tenang

Sedarilah ia kini
untuk ke seberang
perlukan batu loncatan

Batu yang pejal dan kuat
melonjak Si Katak penuh muslihat


Jumaat, Mac 27, 2009

Penatnya keje


Ngantuk,letih,bosan,malas,pening,libanglibu : antara perkataan yang dapat menterjemahkan keadaan aku malam ini.

Malam nie aku habiskan masa dengan membaca blog Megat Eusoff (aku dapat dari kosmo), best cerita dia sampai aku terleka dan malas nak buat keja aku yang sepatutnya.

Sebenarnya minggu nie 2 hari je aku ada kat sekolah. Selasa, rabu dan khamis aku ada kat sek Selayang Jaya hantar budak main bola. Sorak sampai naik serak suara aku. Tapi berbaloi gak dapat naik johan zon Kuang.

Minggu depan hari selasa dan rabu hantar lagi untuk bersaing peringkat daerah plak, tapi aku x sure lagi boleh hantar ke tak. Kerja kat sekolah banyak yang tertangguh weh. Aku penat.

Esok kena pegi SK Kuala Ampang pula, ada kursus B.M.

Lusa kena pegi sekolah juga, ada mesyuarat agung PIBG.

Dengan bahasa yang lain, minggu nie aku tak cuti tau.

Selasa depan last day submit pendaftaran pengakap, satu hapah pun aku tak buat lagi. Mati aku kena hamun dengan cikgu2 lain dan bebudak kalau aku x hantar pendaftaran tu.

Buku RPH untuk minggu nie pun aku x hantar kat pejabat. Satu titik dakwat pun aku tak tulis. Aku malas ke? atau sibuk sangat? ntah le, yang pasti aku memang pening sudah.

Kertas ujian bulan Mac pun aku tak siap tanda lagi. Hari isnin dah kena submit markah. Lagi makian yang bakal dapat dari teman sekerja. Mapoh kena maki je la aku dapat bulan nie.

Hari selasa, rabu, khamis dan jumaat minggu depan juga ada ujian tahun 6 lagi. Lepas tu kena marking paper lagi. Tak siap? dapat maki lagi.

Uppss! lupa. RPH SBT pun aku tak update lagi.

Ade lagi, minggu lepas ada sorang budak tahun 6 baru daftar sekolah. Pendaftaran UPSR dia pun aku masih blum buat, nak kena siapkan minggu depan gak.

Boleh tak aku nak photostat diri aku banyak2, atau guna poket ajaib Doraemon cari tool yang sesuai untuk duplicate aku supaya semua keja tu boleh aku siapkan serentak. Satu masa.

Otak sudah penat. Bateri perlu tukar.

Rabu, Mac 25, 2009

Beware Drinkers


This incident happened recently in North Texas

A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.

Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.

A study at NYCU showed that the tops of soda cans are more contaminated than public toilets. Full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

Selasa, Mac 24, 2009

Malaysia dan Politiknya


Perkembangan politik semasa Malaysia kebelakangan ini boleh dilihat dari 2 aspek yang berbeza iaitu aspek yang menarik dan aspek yang menjengkelkan.

Aspek yang menarik adalah bila mana ianya menzahirkan penglibatan langsung pihak istana dalam menentukan pemerintahan sesebuah negeri. Setelah sekian lama pihak istana memberi kuasa kepada demokrasi berparlimen, baru sekarang rakyat dapat melihat mereka bersuara.

Penglibatan pihak istana ini secara tidak langsung telah menunjukkan aliran pemikiran Sultan yang terlibat samaada bijak atau sebaliknya. Juga memperlihatkan kematangan dalam membuat keputusan samaada menunjukkan sokongan kepada seluruh rakyat atau hanya kepada segelintir pihak lain yang berkepentingan.

Dibawah kepimpinan Pak Lah, demokrasi di Malaysia menunjukkan sedikit perubahan. Sama ada disedari atau tidak,sikap berlembutnya membuka ruang demokrasi secara luas. Kesannya, rakyat berpeluang melihat dan mendengar tentang sesuatu isu secara lebih jelas. Lalu mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk diri mereka. Hakikat ini di terjemahkan pada pilihan raya yang lalu serta pilihanraya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Selain dari itu, rakyat juga berpeluang membuat perbandingan tentang aspek kepimpinan Perdana Menteri itu sendiri. Ramai generasi 30-an sekarang hidup di bawah kepimpinan Che Det. Sepanjang tempoh Tun mentadbir, kehebatannya tidak dapat disangkal lagi dalam membina Malaysia dan memperkenalkan negara ke arena Antarabangsa.

Apabila Pak Lah mengambil alih pucuk pimpinan, suara negara di arena Antarabangsa sangat sedikit malah hampir tiada. Isu2 dalaman juga seringkali hanya diserahkan kepada hulubalangnya untuk berpencak. Prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan hanya tidak lebih dari hanya retorik yang gagal. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Cuma kalau ada pun, hanyalah program J-QAF yang dapat melahirkan generasi celik Al-Quran dan Jawi.

Aspek yang menjengkelkan tentang politik negara tidak kurang menariknya. Pertamanya sudah tentu tentang pertukaran kuasa kerajaan negeri Perak yang penuh dengan kontroversi. Sangat mengejutkan apabila 2 orang YB yang masih mempunyai kes mahkamah di tarik untuk menguatkan sebuah parti yang kononnya berada dalam proses pembersihan. Sangat jelas prinsip 'matlamat menghalalkan cara' digunakan dan prinsip ini diketahui sangat kontra dengan prinsip Islam.

Serangan yang berlaku di antara 2 parti politik di Perak juga menghumbankan rakyat ke dalam situasi yang sangat keliru. Seperti gajah sama gajah bertarung, kancil tersepit di tengah-tengah. Kalau pemimpin semua parti bertanggungjawab dan profesional, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Atas dasar kemaruk kuasa ini juga, rakyat2 yang umumnya bangsa melayu, bahasa melayu serta institusi masjid di hina dalam peristiwa 7 Mac baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, semalam di Taman Ria Sg Petani, rakyat yang tidak berdosa di bantai sekali lagi. Persoalannya, besar sangatkah dosa mereka untuk diperlakukan sedemikian. Semua tahu bahawa perkara ini terjadi hanya di sebabkan oleh percanggahan politik, dan undang-undang hanya diperkudakan untuk memuaskan hati mereka yang berkepentingan.

Kecenderungan politik Malaysia sekarang mulai keras sewaktu proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib berlaku. Di bimbangi apabila Najib mengambil alih kuasa sepenuhnya, keadaan akan bertambah keras. Ini pasti akan membangkitkan respon yang sama dari rakyat yang rata-rata kurang senang dengan Najib atas beberapa isu seperti kes pembunuhan wanita Mongolia, pengambil alihan kerajaan Perak dan beberapa isu lain.

Perhimpunan agung UMNO yang berlangsung bermula hari ini juga pada dasarnya tidak akan memberi banyak perubahan yang positif. Tiada muka baru yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Malah 'come back' yang dilakukan oleh Muhammad Taib dan Rahim Thamby Chik yang pernah mempunyai kes disiplin rasanya sangat tidak di alu-alukan oleh rakyat yang celik politik.

Sama-sama kita saksikan kisah yang berlaku selanjutnya. Nabi pernah bersabda bahawa akan berlaku di akhir zaman, urusan pentadbiran akan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain. Sama ada kita bertanggungjawab untuk itu, sama-sama kita renungkan.

Isnin, Mac 23, 2009

Ramai guru sakit jiwa


Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida

Khamis, Februari 19, 2009

Dapat anak buah baru :-)

Semalam (18 Feb 2009) aku dapat seorang lagi anak buah baru. Syukur pada Allah kerana memberi keselamatan kepada kakak aku dan baby boy dia.

Aku belum tengok 'live' baby nie tapi semalam kakak aku email gambar baby tu. Comel gile, geram aku tengok.

Nama belum letak lagi tapi aku ada suggest 4 nama:

  1. Muhammad Arman ~ yang terpuji harapan @ aspirasi
  2. Muhammad Amzar ~ yang terpuji yang mulia

  3. Muhammad Aslam ~ yang terpuji yang selamat
  4. Muhammad Awsam ~ yang terpuji yang segak